Sejarah Komunikasi Data

19.32

PENGENALAN
Lama sebelum munculnya sistem komunikasi data dalam penggunaan konvensyenal, rangkaian maklumat telah wujud dan menyokong keperluan pengendalian data untuk perniagaan, kerajaan dan industri. Sumber rangkaian, media dan destinasi membenarkan komunikasi data di ntara sesuatu organisasi. Rangkaian ini bergantung kepada saiz dan kekompleksan sesuatu organisasi itu.

Perkembangan sistem maklumat bergerak yang rasmi bermula dengan bermulanya industri landasan keretapi. Menembusi kawasan pendalaman sesuatu negeri di mana sumber asli dapat diekstrak dan dipindahkan ke bandar untuk diproses dan digunakan. Sejajar peredaran masa, rangkaian landasan ini bertambah besar sehari demi sehari.

Akhirnya, landasan keretapi dipasang dengan talian telegraf untuk membantu pengisyaratan dan kawalan trafik. Seterusnya, talian telegraf tersebut telah ditawarkan kepada orang ramai. Pada 1844, satu talian telegraf telah didirikan di antara Baltimore dan Washington oleh Samuel F. B. Morse. Maklumat yang ingin dikirim dikodkan dalam bentuk titik (dots) dan garisan putus-putus (dashed) yang dihantar melalui wayar. Isyarat ini mengaktifkan satu pen besi yang menyebabkan indention pada jalur kertas yang boleh dibaca oleh operator pada bahagian penerima. Pada 1849, link pencetak telegraf yang pertama telah dipasang dan pada awal 1860-an, kelajuannya setinggi 15bps telah dicapai.

Bermula pada 3 April 1860, Pony Express menghantar maklumat menggunakan kuda di antara St. Joseph, Missouri dan San Francisco, California. Satu sistem yang dilengkapi dengan 157 stesen geganti, yang dipisahkan di antara 5 hingga 20 batu, menggunakan 400 kuda dengan 80 penunggang serta tenaga penyokong yang besar untuk membawa mesj melalui laluan sejauh 1840 batu dalam masa 10 hari. Sementara itu, pembinaan wayar untuk transcontinental telegraf yang pertama dilaksanakan ketika para penunggang Pony Express memberanikan diri untuk mengharungi perjalanan yang jauh. Wayar tersebut yang dipasang secara serentak di antara timur dan barat menyambungkan Salt Lake City pada 24 oktober 1861. Sekarang ia hanya mengambil beberapa minit sahaja berbanding berhari-hari untuk menghantar mesej daripada California ke benua yang lain.

PERKEMBANGAN SEJAK 1970-AN
Evolusi yang seterusnya pada jangka masa ini ialah rangkaian komputer. Bukan sahaja pengguna yang berjauhan perlu berkomunikasi dengan komputer; di antara komputer juga perlu mengkongsi maklumat. Tahun 1970-an menunjukkan pertambahan linkej komputer di antara organisasi melalui linkej komunikasi untuk merealisasikan perkongsian data ini.

Sesetengah komputer adalah dipasangkan secara rapat dengan komputer yang berada dalam kemudahan yang sama dan berkomunikasi pada kadar data yang tinggi melalui saluran data masing-masing. Sistem dwi atau multiple kerangka utama ini membekalkan load leveling dan back up antara satu lain untuk memastikan kehadiran perkhidmatan tinggi. Rangkaian komputer yang lain adalah dipasangkan secara longgar dengan kemudahan komunikasi disambung secara bersendirian dan dipisahkan secara fizikal daripada sistem komputer. Kekompleksan sistem penghantaran dalam suasana tersebut adalah jelas.

Sekarang vendor yang baru sudah memasuki pasaran komunikasi, menawarkan perkhidmatan yang inovatif kepada pelanggan mereka. Media penghantaran dalam bentuk yang baru telah dimajukandan teknik pengurusan komunikasi telah ditingkatkan melalui penggunaan perisian yang telah wujud.
Sehingga sekarang, sejarah komunikasi data telah dimajukan melalui 3 konsep utama:
1. Penyampaian semula maklumat secara elektronik.
2. Penggunaan peranti terminal data untuk input dan output.
3. Penggunaan kawalan komputer ke atas komunikasi.
Perkembangan ini membolehkan pengguna dan komputer berkomunikasi di antara mereka dan jenis mereka. Keintegrasian pemprosesan data dan komunikasi data mencirikan sistem komputer masa kini.

KRONOLOGI KOMUNIKASI DATA MALAYSIA
1970 – stesen penerimaan satelit bumi antarabangsa telah dibina di Kuantan, yang memboleh penyiaran antarabangsa televisyen secara langsung.
1975 – telex automatik yang pertama diperkenalkan.
1979 – Antarabangsa Dial Terus ( International Direct Dailing) diperkenalkan di Malaysia. Ia membolehkan panggilan antarabangsa dibuat tanpa melalu operator.
1980 – ibu sawat elektronik sepenuhnya diperkenalkan di Taman Pelangi, Johor Bahru.
1983 – bermulanya Stesen Persisiran Maritin Kuala Muda untuk perkhidmatan maritin antarabangsa.
1984 – MAYPAC pertama kali melaksanakan pensuisan rangkaian data.
1985 – telefon tanpa wayar bergerak yang terkini dan penyampaian teknologi ATUR yang terbaru.
1987 – operasi jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan. Logo baru, misi pertubuhan dan perkhidmatan yang lebih standard telah dijamin.
1988 – TELITA dan Telemail telah dilancarkan. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan memperolehi maklumat terkini untuk pengetahuan dan minat mereka.
1990 – Telekom menyenaraikan sahamnya dalam BSKL untuk menambah kapitalnya.
1991 – lancarkan perkhidmatan Malaysia terus (Malaysia Direct).
1992 – Smarfon diperkenalkan. Ia memboleh panggilan dibuat dengan menggunakan telefon yang khas di mana-mana sahaja dalam zon Smartfon.
1993 – Menara KL dilancarkan. Ia telah menjadi menara yang ketiga tertinggi di dunia.

sumber: https://aminmaizun.wordpress.com/category/sejarah-komunikasi-data-anda-juga-boleh-melayari-laman-web-ini-httplavender-fortunecity-comtomatoes535datac-htm/

You Might Also Like

0 komentar

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe